Yukio Koshimori

Yukio Koshimori (越森 幸夫, Koshimori Yukio, 10 Disember 1930 – 28 Februari 2005) merupakan ahli politik Jepun. Beliau merupakan Datuk Bandar Okushiri, Hokkaidō ketika Pulau Okushiri mengalami gempar bumi dan tsunami[1] yang menyebabkan 201 orang terbunuh pada 21 Julai 1993.[2]Koshimori telah dilantik menjadi Datuk Bandar pada tahun 1975 dan berkhidmat selama 22 tahun. Beliau pernah dituduh terlibat dengan rasuah pada tahun 1984, namun penglibatannya dinafikannya. [3]Pada 2001, Koshimori sekali lagi ditangkap dan didakwa untuk satu lagi perbuatan rasuah [3] yang memaksa beliau meletak jawatan dan jawatan beliau diganti oleh Tōru Gambara. Mahkamah Daerah Sapporo menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Koshimori, namun Mahkamah Tinggi membatalkan hukuman tersebut kerana sakit pada tahun 2004.[4]Koshimori meninggal dunia kerana barah hati pada tahun 2005 di usia 74 di Hakodate, Hokkaidō.